Posts

#PerjalananHidup1

Alhamdulillah dengan syukur kehadrat illahi dengan nikmat kesihatan yang diberikan ke atas diriku untuk meneruskan perjuanganku ini. Aku tahu hidup ini hanyalah sementara sahaja dan pada satu masa nanti diri ini akan pulang kembali ke pangkuan Maha Pencipta. Selagi di beri kesempatan untuk aku meneruskan kehidupan ini, akan ku teruskan dengan sebaik yang mungkin. Biar apa jua sekalipun yang berlaku, aku tidak sama sekali akan mengalah dan menyerah kalah. Aku harus tabah dan yakin aku seorang yang kuat dan boleh hadapi segala ujian dan rintangan yang mendatang.

Selamat Datang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah sekian lama aku berhenti menjadi seorang blogger, kini di tahun baru aku sekali lagi terpanggil untuk berblog. Serius aku katakan, aku amat merindui zaman berblog. Tetapi apakan daya atas faktor-faktor yang tidak dapat aku elakan, aku terpaksa berhenti buat seketika waktu.  In Shaa Allah dengan izin Allah swt aku akan mencoretkan hingga ke nafas ku yang terakhir. Salam pembukaan aku cukup sampai disini dahulu. Blog yang lama biar la ia berkubur. kini dengan azam yang baru dan tahun yang baru aku mulakan dengan semua yang baru. Sekian.